Renungan bersama..

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 3:52 PM | 0 comments »


Assalamualaikum…..

Buat sahabat-sahabat, adik-beradik, teman-teman dan seluruh umat Islam….
Adakah kita sedar……

Sesungguhnya……
Solat Subuh berjemaah…….

Satu sunnah yang kita seringkali kita tinggalkan….

Renung-renung & fikir-fikrkanlah…….


Solat subuh berjamaah adalah sebuah amal yang sangat besar keutamaannya, namun kurang mendapat perhatian dari umat Islam. Kecuali di bulan Ramadhan, umumnya barisan solat subuh di masjid-masjid di lingkungan tinggal kita tidak seramai shalat lainnya.


Bahkan ada solat subuh di masjid yang hanya terdiri dua atau tiga orang saja. Ke mana umat Islam lainnya yang tinggal berdekatakan dengan masjid? Wallahu a’lam bishshawab.


Fenomena ini perlu dijadikan bahan kritik ke dalam tubuh umat Islam. Sebab begitu banyak dalil yang sangat menganjurkan kita untuk menegakkan solat subuh berjamaah, bahkan sampai-sampai orang tidak ikut solat subuh berjamaah di masa shahabat dijadikan sebagai ukuran kemunafikan.

Berikut ini adalah kajian daripada berbagai dalil samawi tentang fadhilah (keutamaan) solat subuh.


1. Solat subuh memelihara setiap muslim

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله

رواه مسلم.


Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat hubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)


2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail


من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم

.
Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)

3. solat subuh menyelamatkan pelakunya daripada api neraka


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم


Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)



4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga


من صلى البردين دخل الجنة


Orang yang melakukan solat baradain (ashar dan subuh) masuk syurga

5. Solat Subuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya


ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم


Dua rakaat solat Fajar (subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)



6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآن الْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.


Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.



وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى
صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (HR Bukhari)


7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة

رواه الترمذي وا بن ماجه


Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)


8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh


وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا


(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة
أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)


وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.


Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.


Wallahua'lam...

sumber:
http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/26/kelebihan-solat-subuh-berjemaah
http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/26/solat-berjemaah-sunat-ke-wajib
http://www.duniadeen.com/2008/04/shalat-shubuh-berjamaah-adalah-sebuah.html

0 comments

Post a Comment