Isra' Mikraj....

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 4:12 PM | 0 comments »

ISRA’ MIKRAJ

REJAB 1429 BERTANDANG LAGI..
MELABUHKAN TIRAI PENUH CERIA YANG MEWANGI..
SYA’ABAN DAN RAMADHAN BAKAL MENYUSULI..
TERBUKA HIJAB HAMBA UNTUK CINTA PADAMU RABBI..

27 REJAB TAHUN KE-11,SEKALI LAGI MENGGAMIT SEJARAH..
PENGIKTIRAFAN KEMULIAAN TERHADAPMU YA RASULULLAH..
MENJADI TETAMU ALLAH ADALAH ANUGERAH..
SEBAGAI TANDA KEAGUNGAN ALLAH..

DETIK DIRIMU WAHAI RASULULLAH..
BERZIKIR DI TEPIAN KAABAH..
MUNCULLAH JIBRIL BERSAMA BURAQ MEMBAWA AMANAH..
MENGIRINGI BAGINDA MENGHARUNG MALAM HIKMAH..

SAAT RASULULLAH DIANGKAT MENJADI TETAMU ISRAK PENCIPTA..
ROH DAN JASADMU TERANGAT KE LANGIT MULIA..
MELANGKAH MENYUSURI MASJIDILHARAM KE MASJIDILAQSA..
MERENTASI MEKAH KE BAITULMAQDIS DI PALESTIN TERCINTA..

SINGGAH DI AQSA, SOLAT DUA RAKAAT KAU IMAMI SEKELIAN NABI..
DUA BEJANA ARAK DAN SUSU DIHIDANGI..
SUSU MENJADI PILIHAN HATI..
JIBRIL TURUT MENYANJUNGI PILIHAN NABI..
SAAT NABI MENGHARUNG ISRAK DAN MIKRAJ..
PELBAGAI GAMBARAN GANJARAN DAN SEKSAAN BAGINDA SAKSIKAN..
SEKECIL-KECIL MAZMUMAH, NGERI PEMBALASAN..
SEKECIL-KECIL MAHMUDAH, BESAR BERGANJARAN..

MIKRAJ MENYUSUL SESUDAH MELEWATI BAITUL MAQDIS DI AQSA,
SIDRATULMUNTAHA KINI MENYAMBUT BAGINDA..
LANGIT KETUJUH DI SINGGAHSANA PENCIPTA MULIA..
BERTEMULAH BAGINDA DENGAN PEMILIK CINTA DI JANNATALMAKWA..

MENJEJAKKAN DI SIDRATULMUNTAHA..
50 SOLAT FARDU JADI KEWAJIPAN UMAT MANUSIA..
BERULANG-ULANGLAH NABI MEMINTA PENAWARAN..
SEHINGGA SOLAT 5 WAKTU DIFARDUKAN UTK UMAT SEKALIAN..

KAFIR QURAISY BERTERUSAN MEMBUAT PENENTANGAN..
MENGANGGAP KEBENARAN ISRAK DAN MIKRAJ SEBAGAI KHAYALAN..
DIBENTANGKAN MASJID AL-AQSA DI HADAPAN NABI..
MENJAWAB SEGALA PERSOALAN..

ORANG YANG BERIMAN,TERUS BERIMAN..
ORANG YANG KUFUR, BERTERUSANLAH DENGAN KEKUFURAN..
ANTARA KEPERCAYAAN DAN PERSENDAAN..
NABI ALLAH SENTIASA DALAM LINDUNGAN KEBENARAN..

– ALEESYNUR IMAN-

kuliah tafsir..

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 5:49 PM | 0 comments »


Dijemput kepada warga kolej kediaman Kinabalu untuk sama-sama mendengar mutiara-mutiara ilmiah yang akan disampaikan dalam kuliah Tafsir pada:

  • hari : Rabu (15 Julai 2009)
  • masa: selepas maghrib
  • tempat : surau kolej
  • penyampai : ustaz Hasbullah..

semoga kita semua mendapat manfaat dan input yang berguna dalam majlis ilmu ini..

Ibadah Dalam Aspek Pemakanan

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 8:18 PM | 0 comments »


Makan dan minum adalah antara ibadah yang penting dalam Islam. Makanan yang haram akan menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah berdasarkan sabda Nabi saw: "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sebenarnya, makanan yang haram akan merosakkan ibadah dan mendekatkan seseorang kepada azab di akhirat. Menurut Tirmizi, Baginda berkata: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama baginya". Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram". Sebaliknya, sebarang usaha bagi mendapatkan rezeki yang halal akan dirahmati oleh Allah.

Dalam satu riwayat oleh Tabrani, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti orang yang berjihad pada jalan Allah". Rezeki yang halal akan membantu pelaksanaan ibadah dengan sempurna. Makanan yang haram akan memberi kesan buruk kepada jasad lantas melemahkannya untuk beribadah. Sahl al-Tusturi berkata: "Sesiapa yang memakan makanan yang haram, akan derhakalah anggota tubuhnya. Sesiapa yang mengambil makanan yang halal, anggota badannya akan mentaatinya dalam membuat kebaikan".

Antara perkara yang diharamkan oleh Islam adalah arak. Dalam surah al-Maidah: ayat 90, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Maka, tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya".

Daging haiwan liar juga diharamkan oleh agama berdasarkan sabda Nabi saw, riwayat Bukhari di mana maksudnya: "Nabi Muhammad melarang umat Islam memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang mempunya kuku yang mencengkam". Di samping itu, daging babi juga diharamkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi". Berdasarkan ayat ini, umat Islam dilarang keras daripada memakan daging babi dan segala produk yang diperbuat daripadanya secara mutlak kecuali dalam keadaan darurat.

Jelaslah di sini, aspek pemakanan amat memainkan peranan utama dalam menjamin keberkesanan ibadah seseorang Muslim di samping memacu diri ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Justeru, dalam merealisasikan matlamat hidup tersebut, kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa peka dan berhati-hati terhadap perihal halal dan haramnya sesuatu perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian bukan sahaja aspek pemakanan, malah bidang pekerjaan, muamalat dan sebagainya.

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 10:30 PM | 0 comments »

Seuntai Kata

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 9:42 PM | 0 comments »

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;



“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.



Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?



Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.



Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?



Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku,

Bakal isterimu

sumber (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1703)