Alhamdulillah tamat sudah program Lambaian Kaabah yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perkembangan Balai Islam kolej kediaman kinabalu. Tahniah buat semua ahli jawatankuasa Balai Islam bagi sesi ini yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ia menjadi pengalaman yang amat berharga kepada kita semua.
Program yang berlangsung pada 3 dan 4 Oktober ini alhamdulillah berjaya memberi pendedahan dan pengetahuan yang amat bermanfaat mengenai ibadah haji kepada warga kolej yang hadir. Kursus ini disampaikan oleh penceramah yang begitu berpengalaman dalam pengurusan haji iaitu Ustaz Rushdi yang kini bertugas di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Program ini tamat kira-kira jam 1 tengahari dan warga kolej yang hadir rata-rata telah memasang niat untuk mengerjakan umrah dan haji tidak lama lagi. Insyaallah...semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah haji kita kelak.
Antara gambar-gambar sepanjang program Lambaian Kaabah:
Jawatankuasa Perkembangan Balai Islam Kolej Kediaman Kinabalu akan mengadakan kursus berkaitan ibadah haji iaitu PROGRAM LAMBAIAN KAABAH pada 3 dan 4 oktober iaitu pada hari Ahad dan sabtu ini. Program ini akan dijalankan di surau kolej kediaman.
Semua warga kolej serta warga UM dijemput hadir untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan ibadah haji serta cara-cara mempraktikkannya yang akan ditunjukkan dalam sesi kedua program ini iaitu pada hari ahad di mana kita akan melaksanakan praktikal ibadah haji.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua warga kolej khususnya serta warga UM amnya mengenai konsep dan pelaksanaan ibadah haji dalam Islam yang mana kita ketahui bahawa ibadah ini merupakan rukun Islam yang kelima yang tidak dapat tidak wajib bagi kita mendalaminya.
Semoga program ini memberi faedah dan manfaat kepada semua peserta mengenai ibadah haji ini. semoga mendapat keberkatan dari Ilahi..Ameen...


