Kemuliaan bulan Hijrah di sisi Allah

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 9:50 AM | 0 comments »

Bulan Muharam adalah bulan yang mulia. Namun demikian, tidak banyak kaum Muslimin yang tahu bagaimana memperlakukannya. Selain itu, lebih ramai yang salah memahaminya. Ada beberapa pelajaran yang boleh kita ambil berkaitan Bulan Muharam.
Bulan Muharam adalah bulan yang mulia, hal itu adalah kerana:

  1. Bulan ini dinamakan Allah dengan ‘Syahrullah’ iaitu bulan Allah. Penisbahan sesuatu kepada Allah mengandungi makna yang mulia, seperti ‘Baitullah’ (rumah Allah), ‘Saifullah’ (pedang Allah), ‘Jundullah’ (tentera Allah) dan lain-lainnya. Dan ini juga menunjukkan bahawa bulan tersebut mempunyai keutamaan yang khusus yang tidak dimiliki di bulan-bulan yang lainnya.
  2. Bulan ini termasuk salah satu dari empat bulan yang dijadikan Allah sebagai bulan haram, sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.” (At-Taubah: 36).
  3. Dalam hadis Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati: 3 bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab Mudhar, yang terdapat di antara bulan Jumada Tsaniah dan Sya’aban.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  4. Bulan ini dijadikan awal bulan dari tahun Hijriyyah, sebagaimana yang telah disepakati oleh para sahabat pada masa Khalifah Umar bin Khattab. Tahun Hijriyyah ini dijadikan momentum atas peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.


Disunnahkan berpuasa

Bulan Muharam adalah bulan yang disunnahkan untuk berpuasa serta puasa yang paling utama sesudah puasa pada bulan Ramadhan, sebagaimana yang disebut dalan Hadis Hurairah, di atas.
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah manganjurkan kaum Muslimin untuk melakukan puasa sebanyak-banyaknya pada bulan Muharam. Tetapi tidak dianjurkan puasa satu bulan penuh, hal itu berdasarkan hadis Aisyah, bahawasanya dia berkata: “Saya tidak ernah melihat sama sekali Rasulullah s.a.w berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa paling banyak pada satu bulan, kecuali bulan Sya’aban.” HR Muslim.
Pertanyaan yang muncul adalah bagaimana Rasulullah menyebutkan bahawa bulan Muharram adalah bulan paling mulia sesudah Ramadhan, padahal baginda lebih banyak melakukan puasa pada bulan Sya’aban dan bukan pada bulan Muharram?
Jawapannya: para ulama memberikan beberapa alasan, di antaranya bahawa Rasulullah s.a.w belum pernah mengetahui keutamaan Bulan Muharram kesuali pada detik-detik terakhir kehidupan baginda sehingga belum sempat untuk berpuasa sebanyak-banyaknya, atau mungkin adanya uzur syarie yang menghalang baginda untuk memperbanyakkan puasa pada bulan tersebut, seperti banyak melakukan perjalanan jauh (musafir) atau uzur yang lain.
Pada bulan Muharram ini berdasarkan hadis di atas adalah puasa yang paling utama sesudah Ramadhan dalam satu bulan, sedangkan puasa Arafah adalah puasa yang paling utama sesudah Ramadhan apabila dilihat dari sisi harinya.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Sedangkan solat yangpaling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.”HR Muslim.

welcome to UM...

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 9:35 AM | 0 comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua penghuni kolej kediaman Kinabalu ke alam kampus uni malaya ini setelah bercuti selama hampir sebulan setengah bersama keluarga yang tersayang.

Balai Islam mengucapkan selamat datang dan tidak lewat juga untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H. Semoga kita dapat menghayati sirah perjuangan dan pengorbanan rasul junjungan kita, MUHAMMAD S.A.W berhijrah ke Madinah dan membina sebuah negara Islam di sana.

Tidak lupa juga kepada warga kolej yang berjaya pada semester yang lepas..tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperolehi dalam peperiksaan yang lepas. Bagi yang kurang berjaya jangan putus asa. Teruskan perjuangan kalian untuk menuntut ilmu bagi semester kali ini. Dan jangan lupa untuk mengikuti semua aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak JKP Balai Islam bagi semster kedua sesi 2009/2010 ini. Wallahu’alam.