Qailulah Yang Tersirat

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 8:00 AM | 0 comments »




Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase''a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'.'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Salam Imtihan buat semua..

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 7:12 AM | 0 comments »

Alhamdulillah pihak Balai Islam berjaya menganjurkan solat hajat dan sedikit pengisian ceramah motivasi buat sahabat-sahabat, adik-adik kolej kediaman kinabalu pada selasa yang lalu. ceramah disampaikan oleh saudara Afifuddin yang kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah IPTS. begitu banyak input yang disampaikan oleh beliau buat warga kolej kediaman kinabalu tercinta ini. Motivasi dah...solat hajat pun dah..tinggal lagi = tambahkan usaha anda...di samping memohon doa kepada Allah supaya diberi pertolongan dan dipermudahkan. Apa yang penting adalah niat. Seperti yang dipesan oleh motivator kita, saudara Afifuddin. Niat yang utama adalah niat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah...



penceramah kita...


sebahagian muslimin yang khusyuk mendengar..


adik-adik muslimat yang begitu fokus memberi perhatian..

ceramah motivasi & solat hajat

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 9:52 PM | 0 comments »




CERAMAH MOTIVASI DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKASAAN


TARIKH : 20 OKTOBER 2009 (SELASA )
MASA : 7.30 MALAM (SELEPAS MAGHRIB)
TEMPAT : SURAU KOLEJ KEDIAMAN KINABALU

SEMUA WARGA KOLEJ DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MENCARI KEKUATAN DAN MOTIVASI DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIHADAPI NANTI.

program Lambaian Kaabah 09

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 8:04 PM | 0 comments »

Alhamdulillah tamat sudah program Lambaian Kaabah yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perkembangan Balai Islam kolej kediaman kinabalu. Tahniah buat semua ahli jawatankuasa Balai Islam bagi sesi ini yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ia menjadi pengalaman yang amat berharga kepada kita semua.
Program yang berlangsung pada 3 dan 4 Oktober ini alhamdulillah berjaya memberi pendedahan dan pengetahuan yang amat bermanfaat mengenai ibadah haji kepada warga kolej yang hadir. Kursus ini disampaikan oleh penceramah yang begitu berpengalaman dalam pengurusan haji iaitu Ustaz Rushdi yang kini bertugas di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program ini tamat kira-kira jam 1 tengahari dan warga kolej yang hadir rata-rata telah memasang niat untuk mengerjakan umrah dan haji tidak lama lagi. Insyaallah...semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah haji kita kelak.
Antara gambar-gambar sepanjang program Lambaian Kaabah:


replika Kaabah, hasil idea kretif oleh AJK balai

slot ceramah

para-para bakal hajjah khusyuk mendengar ceramah

Jemaah haji mengerjakan tawaf
Saie antara sofa dan marwa

doa selepas saie

mendengar taklimat sebelum melontar di Mina


Bismillahi Allahu Akbar...itulah yang diucapkan oleh jemaah haji ketika melontar


bermalam di muzdalifah

Antara family Balai yang bertungkus-lumus menjayakan Lambaian Kaabah