sahabat....kami sayang kamu...

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 7:56 PM | 0 comments »




25 Pesanan Luqmanul Hakim

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 5:39 AM | 0 comments »

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinas

Malam Penghayatan Islam(MPI) KK11

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 1:11 PM | 0 comments »

jom kita pi MPI malam ni..




Auditorium KPS
8.00-11.30 malam

Jualan buku disediakan.
Di antaranya novel karangan Habiburahman dan buku harakah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Wajihah: 013-9955733
Hana: 017-3924049
Hadi:017-9170580

Bila Al-Quran Mula Bersuara

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 7:29 AM | 0 comments »


Waktu engkau masih kanak-kanak,kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari.Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang,engkau telah dewasa…Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.Waktupun cepat berlalu……… Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…kubur yang setia menunggu mu…Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali… Baca dan pelajari lagi Aku…Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu.Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 10:41 PM | 0 comments »


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Khusyuk Dalam Solat

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 8:05 PM | 0 comments »




• Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafs.

• Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.

• Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.

• Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk menyucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.

• Kekhusyukan itu adalah tanda orang-orang yang berbahagia. Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri. Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu. Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan.
“Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis
• Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap-cakap secara langsung berhadapan dengan-Nya.

• Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, memahami makna, mengagungkan, segan sebab takut, mengharap dan ada perasaan malu.


• Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu. Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja. Bawalah fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal-hal yang lain. Sifat hati, ia akan mengikut himmah/cita-cita yang tinggi. Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras. Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan-gangguan sebelum ianya datang dan memutuskan sebab-sebab timbulnya godaan. Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.

• Raja’ ialah mengharapkan keredhaan-Nya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti. Seorang hamba akan mengharap dan memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaan-Nya dan mengingati bahawa Allah Maha Benar dalam segala janjinya.

• Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sesuatu perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya. Seorang hamba itu perlu malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak-banyaknya dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.

• Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.

• Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.

• Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah mengagungkan Allah, takut kepada-Nya, mengharap pahala besar daripada-Nya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.


Menekuni pergerakan solat dari awal sehingga akhirnya

• Pejamkan matamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekeliling atau solat di tempat yang gelap atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.

• Apabila mendengar azan hadirkanlah hatimu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk kamu di dalamnya pada hari Kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.

• Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwamu menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai ke akhirat. Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan dirimu sangat hina dan rendah, sedang hatimu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.

• Bayangkanmu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.

• Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal-hal selain-Nya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan-angan yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.

• Kosongkan hati sanubarimu sebelum bertakbir.

• Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai hamba merendahkan diri. Peringatkan hatimu supaya terus menerus merendah dan merasa hina.

• Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan dihadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

* Petikan daripada buku Bimbingan Mukmin Imam Ghazali

Pada 15 Mac yang lalu, balai Islam kolej kediaman kinabalu telah menganjurkan kursus sembelihan bertempat di sekitar surau kolej kediaman. Program ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 12 tengahari. Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir pada hari tersebut.



muslimat pun berani mencuba. tahniah diucapkan..
Antara family Balai yang terlibat menjayakan Kursus sembelihan


jalan-jalan Balai...08

Posted by BALAI ISLAM 8TH | 8:27 AM | 0 comments »


lawatan ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia


petrosains KLCC...